24 Jan

Panduan Untuk Pinjaman Kerajaan: 5 Perkara Anda Perlu Tahu

Perniagaan PKS Dilaporkan Mengalami Kesukaran Dalam Mendapatkan Pembiayaan

Memulakan perniagaan baru satu saat yang memang menerujakan, tetapi banyak cabarannya. Salah satu halangan yang paling kerap dilaporkan ialah proses mendapatkan pinjaman kerajaan yang rumit. Pinjaman bank secara tradisional sukar untuk diluluskan, terutamanya jika anda perniagaan yang baru dengan kapital yang terhad.

Syukurlah, terdapat kaedah alternatif yang lebih berpatutan seperti pinjaman kerajaan. Jenis pinjaman ini menawarkan pembiayaan tambahan pada kadar yang lebih berpatutan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana (PKS). 

Pinjaman jaminan kerajaan menyediakan peluang untuk PKS yang mungkin tidak layak untuk pinjaman perbankan tradisional supaya mereka juga dapat merealisasikan impian membina bisnes yang berjaya. 

Dalam blog ini, kami akan menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang skim pembiayaan kerajaan dan sebab-sebab pemilik PKS perlu mempertimbangkan kaedah pinjaman ini!

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Kerajaan

Tiada Cagaran Diperlukan

Kebanyakan Pinjaman Kerajaan Tidak Perlu Pemilik Perniagaan Meletakkan Cagaran

Kebanyakan pemberi pinjaman memerlukan pemilik perniagaan untuk meletakkan cagaran sekiranya anda gagal melunaskan pembayaran bulanan atau diisytiharkan muflis atau bankrap. Cagaran ialah aset berharga, seperti hartanah, peralatan perniagaan, kenderaan dan lain-lain. Jika anda tidak mampu untuk membayar balik pinjaman, bank anda boleh merampas aset tersebut untuk mendapatkan semula baki tertunggak.

Ini menghalang ramai pemilik PKS daripada memohon pinjaman kerana mereka tidak mempunyai aset yang bernilai yang boleh dicagarkan. Namunbegitu, skim jaminan kerajaan biasanya tidak memerlukan apa-apa cagaran. Jadi, jika anda mempunyai perniagaan yang baru tanpa banyak aset, skim ini mungkin lebih sesuai untuk anda.

Kadar Faedah Rendah

Kadar Faedah Untuk Pinjaman Jaminan Kerajaan Lebih Rendah Daripada Pinjaman Konvensional Dari Bank

Skim pembiayaan kerajaan biasanya menawarkan perniagaan kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh pembayaran balik yang lebih lama daripada pakej pinjaman konvensional daripada bank. Tujuan skim jaminan ini adalah untuk memperkasakan PKS milik warga Malaysia. Itulah sebabnya skim ini lebih mampu milik untuk pemilik PKS.

Perlindungan Jaminan

Pinjaman Jaminan Kerajaan Di Malaysia Menawarkan Perlindungan Jaminan Sehingga 80%

Satu lagi faedah skim jaminan kerajaan ialah ia menyediakan perlindungan jaminan kepada peminjam. Skim ini dijamin oleh kerajaan – ini bermaksud mereka akan bertanggungjawab untuk melunaskan obligasi hutang sekiranya berlaku kemungkiran dalam proses pembayaran balik. Terdapat beberapa skim yang menawarkan perlindungan jaminan sehingga 80% kepada peminjam. Ini dapat memberikan keyakinan kepada semua pihak yang terlibat.

Lebih Mudah Diluluskan

Mendapatkan Kelulusan Untuk Pinjaman Jaminan Kerajaan Lebih Senang Daripada Pinjaman Konvensional Dari Bank

Mendapatkan kelulusan untuk pinjaman bank konvensional lebih sukar daripada skim jaminan kerajaan kerana pemberi pinjaman biasanya mempunyai syarat kelayakan yang ketat. Skim jaminan kerajaan membantu merapatkan jurang antara PKS dan institusi kewangan kerana ia memudahkan proses kelulusan.

Jenis Pinjaman Kerajaan di Malaysia

Terdapat Pelbagai Jenis Pinjaman Jaminan Kerajaan Yang Terdapat Di Malaysia Untuk Beberapa Perniagaan Berbeza

Terdapat Pelbagai Jenis Pinjaman Jaminan Kerajaan Yang Terdapat Di Malaysia Untuk Beberapa Perniagaan Berbeza

Terdapat pelbagai jenis pinjaman jaminan kerajaan yang terdapat di Malaysia yang menawarkan skim pembiayaan untuk perniagaan startup, perniagaan eksport, dan perniagaan yang dimiliki oleh wanita dan Bumiputera.

  • Skim Jaminan Modal Kerja
  • Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up
  • Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera
  • Skim Jaminan Modal Kerja – Eksport
  • Skim Jaminan Modal Kerja – Wanita
  • Skim Jaminan Automasi & Digital

Sekurang-kurangnya 51% daripada perniagaan anda perlu dipegang oleh warganegara Malaysia sekiranya anda ingin layak mendapat pinjaman kerajaan.

Kerajaan Malaysia menyediakan perlindungan jaminan sehingga 80% dengan had pembiayaan maksimum RM10 juta. Skim ini membantu merapatkan jurang kerana memudahkan PKS mengakses pembiayaan kewangan daripada pelbagai institusi kewangan yang bereputasi.

Dapatkan Pembiayaan Dari RM50,000 Sehingga RM10 Juta Dengan Skim Jaminan Kerajaan

Skim ini khusus untuk PKS syarikat sendirian berhad yang mempunyai sijil pendaftaran perniagaan. Bagaimanapun, PKS yang merupakan syarikat awam tersenarai, syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), dan perusahaan milik kerajaan tidak layak untuk skim ini.

Perniagaan anda juga perlu menepati beberapa kriteria untuk dilabel sebagai sebuah PKS. Perniagaan bukan sektor pembuatan dianggap PKS jika mereka mempunyai jualan tidak melebihi RM20 juta dan jumlah pekerja yang tidak melebihi 75 orang. Manakala perniagaan dalam industri pembuatan dianggap sebagai PKS sekiranya pendapatan tidak melebihi RM50 juta dengan jumlah pekerja tidak melebihi 200 orang.

Realisasikan Impian Perniagaan Anda Dengan Pembiayaan Baharu Skim Jaminan Kerajaan

Sekarang anda dah tahu kriteria dan definisi pinjaman kerajaan. Jadi boleh lah anda mula berunding dengan institusi kewangan yang menawarkan skim jaminan kerajaan ini. Realisasikan visi perniagaan anda dengan pembiayaan baru mampu milik ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *